DIPLOMA TEKNOLOGI MAKLUMAT UNIVERSITI MALAYA
|
| |
|
LATAR BELAKANG
|
|
|
Pada umumnya industri teknologi maklumat merupakan industri yang begitu pesat perkembangan di seluruh dunia dan dijangka merupakan penyumbang utama dalam abad ke 21 ini. pembangunan industri IT telah dianggap oleh sesetengah pakar sebagai pemangkin dan alat strategi pembangunan sesebuah negara.
Berdasarkan maklumat yang berasas pertumbuhan permintaan keatas personel IT melebihi 10% setahun berbanding dengan 3% hingga 4% setahun bagi keseluruhan pertumbuhan permintaan tenaga kerja. permintaan ini adalah amat ketara bagi pembangunan perisian dan sistem, perkhidmatan IT dan dalam aspek pembangunan dan peyelidikan. Menyedari hakikat ini, universiti malaya merasakan adalah wajar bagi mewujudkan program Diploma Teknologi Maklumat bagi memenuhi permintaan terhadap tenaga kerja dalam bidang IT. kursus ini dirangka oleh pakar-pakar daripada Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat(FSKTM). Profesor Dr Maskhuri bin Hj Yaacob (Dekan, FSKTM) adalah penasihat bagi program ini.
|
|
OBJEKTIF
|
|
menghasilkan lebih ramai tenaga kerja yang akan men jadikan teknologi maklumat sebagai teknologi tunggak yang akan membawa perubahan besar kepada pembangunan negara.
- menyediakan pelajar untuk memasuki program ijazah dasar (sarjana Muda Sains Komputer atau Sarjana muda teknologi maklumat)
|
|
KELAYAKAN MASUK
|
calon-calon perlu lulus SPM/SPMV dengan mendapat kepujian dalam mata pelajaran matematik dan kepujian dalam tiga mata pelajarn berikut:
matematik tambahan, biologi,fizik,kimia,sains tambahan, prinsip perakaunan/asas perakaunan,perdagangan/prinsip perniagaan,ekonomi asas,asas teknologi maklumat/asas pemprosesan maklumat.
keutamaan diberi pelajar yang mempunyai kelulusan dalam mata pelajaran matematik tambahan.
|
|
Favorite Links
|
| |